BAB 1:PUTERA GUNUNG TAHAN
1. Di Pahang pernah berlaku peperangan yang dahsyat antara pembesar Melayu dengan orang putih.
2. Terdapat ramai pahlawan di Pahang seperti Mat Kilau.Datuk Bahaman,Tuk Gajah dan beberapa orang lagi.
3. Di Pahang terdapat Gunung Tahan yang mempunyai kisah tersendiri.
4. Kaetika berlaku peperangan,ada antara orang Melayu yang melarikan diri ke hutan.
5. Salah seorangnya adalah waris kerajaan ataupun tonggak kerajaan Pahang iaitu Putera Gunung Tahan.
BAB 2:PENGEMBARA YANG SESAT
1. Sebelum banjir besar pada tahun 1926,dua orang kulit putih dari Kuala Lumpur iaitu Tuan William dan Tuan Robertsampai di Kuala Tembeling.
2. Mereka dating untuk mengkaji tentang tumbuh-tumbuhan,galian dan benda-benda ajaib di situ di samping untuk melihat potensi tempat itu untuk dijadikan tempat pelancongan.
3. Mereka mendaki gunung dada musim hujan lebat dengan dibantu oleh orang Melayu tetapi kedua-dua pembantu mereka mati dalam perjalanan.
4. Tuan Willian dan Tuan Robert membayangkan banjir besar berlaku memandangkan hujan sangat lebat.
5. Apabila hujan reda,Tuan Robert keluart dari gua,kemudian terpisah dengan Tuan William.
6. Tuan William menjejaki Tuan Robert tetapi tidak ditemuinya.
7. Semasa mencari,Tuan William mendapat tahu melalui catatan yang ditinggalkan oleh Tuan Robert bahawa dia diculik oleh sekumpulan orang Sakai.
8. Tuan William tetap teringatkan Tuan Robert walaupun Tuan Robert membeitahu bahawa kumpulan orang sakai itu tida membahayakan.
BAB 3:DATUK BATIN PUTIH
1. Tuan Robert ditawan oleh orang Sakai dan dibawa ke bawah sepohon kayu rending.
2. Dia dibawa ke sebuah kawasan lapang yang baru diteroka.
3. Dia bersyukur kerana diberi makanan dan dilayan dengan baik dan disambut dengan meriah
4. Penduduk di kawasan itu mahu Tuan Robert terus tiggal disitu dan dia dilantik menjadi penghulu dengan gelaran ‘Batin Putih’
BAB 4:SIAPA PEREMPUAN TUA ITU DAN KISAHNYA
1. Tuan Robert ke pondok perempuan tua dan dia dilayan dengn baik.
2. Perempuan tua memberitahu nama tempat itu kepada Tuan Robert iaitu Harimau Putih berdasarkan harimau yang ditangkap oleh penduduk di kawasan itu suatu ketika dulu.
3. Perempuan tua itu menunjukkan bukti iaitu kulit,taring dan kuku harimau itu.
4. Tuan Robert ingin membeli barang-barang itu tetapi perempuan tua itu enggan menjualnya.
5. Pada sebelah petang,di menemui perempuan tua itu lagi. Perempuan tua itu menjelaskan asal usul kepada Tuan Robert dan kisah hidupnya.Dia lari ke hutan ketika orang Melayu berperang denggan Inggeris.Suaminya mati dan dia melahirkan anak di dalam hutan dan dibantu oleh orang Sakai.Anaknya dinamakan Tahan.
6. Tuan Robert menyindirkan perempuan tua itu kerana orang Melayu menentang Inggeris sedangkan Inggeris membawa kemajuan.
7. Perempuan tua itu tetap eggan menjual kulit harimau kerana menyedari ketamakan Tuan Robert.
BAB 5:TUAN ROBERT ASYIKKAN PEREMPUAN SAKAI
1. Tuan Robert menemui lagi perempuan tua itu.Ketika itu perempuan tua itu sedang mengajar beberapa orang perempuan Sakai tentang agama Islam.
2. Perempuan tua itu pula diajar oleh penduduk Sakai tentang ilmu pengasih,pembenci dan sebagainya.Bagaimana, Tuan Robert tidak mempercayai semua itu malah dia lebih suka kalau perempuan tua itu mengajar agama Kristian kepada perempuan-perempuan disitu.
3. Perempuan tua itu marah dan mahu mengenakan Tuan Robert agar menggilai seorang gadis Sakai yang cantik.
4. Tuan Robert dikenakan’cenuai’oleh gadis tersebut dan lama-kelamaan Tuan Robert jatuh hati kepada gadis itu.
5. Perempuan tua itu berkata Tuan Robert boleh berkahwin dengan gadis itu dengan syarat dia mesti mengejar dan menangkap gadis Sakai itu.
6. Tuan Robert gagal mengkap gadis itu.
7. Majlis diadakan sekali lagi kerana Tuan Robert tidak berpuas hati.
8. Kali ini dia mengejar gadis itu yang memanjat pokok tetapi Tuan Robert gagal malah mati setelah tergelincir dari pokok.
BAB 6:TUAN WILLIAM DAN PENGEMBARAANNYA
1. Tuan William menjejaki Tuan Robert dan menemui pelbagai keindahan alam.
2. Dia terserempak dengan seorang muda bernama Kusina iaitu pengiring Ratu Bongsu dan Kusina membawa Tuan William ke tempatnya.
3. Tuan William diberitahu bahawa Tuan Robert sudah mati.
4. Kusina akan membawa Tuan William ke puncak Gunung Tahan dan Tuan William terpaksa mengikut adat dan peraturan di sana.
5. Dalam perjalanan, Kusina menghilangkan diri dan dia pergi mengadap Ratu Bongsu.
6. Apabila sampai di puncak gunung tersebut, Tuan William kagum akan keindahan tempat yang permai.Dia mendengar pelbagai bunyi tetapi tidak dapat melihatnya.Kusina sudah tidak bersama Tuan William lagi.
BAB 7:TUAN WILLIAM MENGHADAP RATU BONGSU.
1. Tuan William menemui Ratu Bongsu/ Putera Gunung Tahan.
2. Tuan William memberitahu hasrat kedatangannya ke gunung itu adalah untuk menyelidik tentang tumbuh-tumbuhan,keelokan tanah dan binatang- binatang di kawasan itu.
3. Dia memberitahu tentang tujuannya untuk mendadikan tempat itu sebagai tempat peranginan orang- orang Barat.
4. Ratu Bongsu tidak mahu kawasan itu diambil walaupun dibayar dengan harga yang tinggi.
5. Walaupun dipujuk dengan pelbagai cara termasuk kemudahan dan kesenangan,Ratu Bongsu tidak mahu melepaskan tempat itu.
BAB 8 :TEROPONG TERUS.
1. Ratu Bongsu memberitahu peranan buluh kuning iaitu boleh dijadikan teropong terus untuk melihat apa yang berlaku di negeri Tuan William.
2. Tuan William terkejut apabila melihat keanehan melalui teropong terus itu iaitu isterinya sedang bersama lelaki lain.
3. Ratu Bongsu mempersoal tentang kebebasan orang Barat. Tuan William mengakui perkara tersebut dan kebebasan itu mempengarui masyarakat Melayu.
4. Melalui teropong itu juga,mereka dapat melihat pelbagai kerenah masyarakat termasuk majlis tari-menari disebuah bangunan dan perempuan keturunan raja yang mengandung tanpa nikah.
5. Tuan William memohon maaf kerana bangsa Inggeris telah mempengarui corak hidup masyarakat Melayu.
BAB 9:BERINGIN BERCAKAP
1. Tuan William dan Ratu Bongsu ke tempat beringin bercakap
2. Melalui beringin bercakap, Tuan William dapat mendengar perbualan isterinyadengan seorang lelaki.
3. Ratu Bongsu igin menawarkan pertongan kepada Tuan William yang ingin menghantar surat kepada isterinya melalui’burung pesuruh jaya’
4. Bagaimanapun, Tuan William tidak mempedulikan sangat isterinya sebaliknya memikirkan cara- cara untuk mendapatkan tempat itu.
5. Teropong Tuan William tertumpu di sebuah rumah besar yang terdapat seorang Melayu dan orang putih yang sedang berbual-bual.Pegawai Melayuitu mendengar cakap orang putih dan taraf hidupnya tinggi.
6. Ratu Bongsu tetap enggan menyerahkan kawasan itu kepada Tuan William.
7. Tuan William bercadang menulis surat kepada ketuanya diLondon supaya mengambil tempat itu dengan cara kasar.
8. Tuan William mendapatkan khidmat ‘burung pesuruh jaya’ yang membawa suratnya kepada seorang lelaki tua di tengah kota London.
BAB 10:KEDATANGAN DUA BUAH KAPAL TERBANG.
1. 3 bulan selepas itu,2 buah kapal datang dan mengejutkan Ratu Bongsu. Ratu Bongsu menyuruh rakyatnya bersembunyi.
2. Untuk memastikan bunyi kapal terbang itu, Tuan William disuruh mengambil teropong terus dalam bilik khazanah.
3. Kusina menutup pintu bilik itu dan Tuan William terperangkap dan mati di dalam bilik itu.
4. Kedua-dua buah kapal itu terhempas tetapi terdapat seorang wanita cantik cantik yang terselamat iaitu isteri Tuan William iaitu Mem William.
5. Ratu Bongsu menyelamatkan isteri Tuan William.
BAB 11:PERCINTAAN YANG PELIK
1. Ratu Bongsu menjaga Mem William dengan baik dan Ratu Bongsu membina sebuah istana untuk Mem William.
2. Mem William berasa marah apabila mengetahui Ratu Bongsu sudah jatuh hati kepadanya.
3. Mem William bercita-cita hendak menyambung hasrat suaminya untuk mengambil tempat itu.Bagaimanapun,lama-kelamaan niat dan perasaannya bertukar.
4. Mem William tidak mahu pulang ke tanah airnya lagi, malah rela hidup bersama Ratu Bongsu.

sinopsis amat penting sekiranya anda malas nak membaca..
BalasPadam